Facebook Profile memang menjadi pilihan utama bagi setiap usahawan yang baru nak mula berniaga secara online? Tapi bagaimana nak gunakannya dalam bisnes anda? Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tips untuk anda gunakan Facebook Profile untuk bisnes anda.

Majoriti rakyat Malaysia memang ada akaun media sosial seperti Instagram, YouTube dan juga Facebook. Dalam artikel kali ini saya akan fokuskan kepada Facebook sahaja. Untuk Instagram dan YouTube saya akan kongsikan dalam artikel yang lain.

Saya yakin anda juga yang sedang membaca artikel ini ada akaun Facebook anda sendiri kan?

Alang-alang dah ada akaun, kenapa tak gunakannya untuk bisnes anda?

Tapi persoalannya di sini, bagaimana anda gunakan akaun Facebook tersebut untuk bisnes anda? Adakah ianyamemberi impak yang anda mahukan dalam bisnes anda atau sebaliknya?

Sebelum saya bermula, saya nak beri sedikit gambaran apa yang bakal anda dapat dalam artikel kali ini.

Tips Guna Facebook Profile Untuk Bisnes

  • Kemaskini Facebook Profile Anda

  • Sediakan Konten Yang Fokus

  • Gunakan Gambar Post & Video Dengan Bijak

  • Elakkan Kontroversi Dalam Post Di Facebook Profile

  • Jaga Adab & Kesopanan Anda

  • Cari Rakan Yang Sekepala

  • Konsisten Beri Konten

  • Aktif Bersosial Menggunakan Akaun Facebook Profile

Ok dah dapat gambaran apa yang saya nak share dalam artikel kali ni?

Jom kita baca sama-sama keseluruhan artikel ini.

baiklah, untuk gunakan Facebook Profile anda sebagai satu medium pemasaran yang sesuai dengan bisnes anda, anda perlulah menjaga beberapa perkara serta adab anda ketika bersosial di Facebook.

Sebabnya mudah, bila anda buat bisnes, segala yang anda tulis dan cakap di media sosial akan menjadi perhatian audiens yang mengikut (follow) anda.

Dengan kata lain, bagi mereka anda adalah ikon yang perlu diberi perhatian dan mungkin tempat untuk mereka mencari rujukan berkaitan bisnes mereka.

Jika anda berjaya tonjolkan diri anda yang positif, maka positiflah pandangan mereka. Jika negatif yang anda tonjolkan, maka negatiflah imej anda pada mereka.

Di bawah adalah antara tips yang saya boleh kongsikan dengan anda artikel kali ini berkenaan bagaimana nak guna Facebook Profile untuk bisnes anda.


Kemaskini Facebook Profile Anda

Perkara pertama yang anda perlu tunjukkan pada audiens anda adalah siapa anda di Facebook. Ini penting kerana ianya akan menjadi batu asas oleh audiens anda untuk tengok siapa anda sebenarnya.

Anda perlu tunjukkan yang anda adalah seorang usaahawan yang betul-betul serius dalam bisnes anda.

Jadi gambar Facebook Profile yang anda gunakan perlulah menunjukkan anda adalah seorang yang buat bisnes. Bukannya seorang yang selekeh dan bukan-bukan. Penggunaan gambar profile yang betul juga boleh meningkatkan kadar kepercayaan (trust) audiens kepada bisnes anda.

Jangan lupa tukar Timeline Cover sekali ok. Penting untuk anda tukarkan Profile Picture dan Timeline Cover anda kepada gambar yang melambangkan bisnes anda.

Ok kalau anda tak tahu atau masih tak kenal lagi yang mana Profile Picture dan Timeline Cover, anda boleh rujuk kepada gambar di bawah.

Contoh kedudukan Profile Picture dan Timeline Cover


Sediakan Konten Yang Fokus

Salah satu kesilapan yang ramai usahawan buat di media sosial adalah selalu post iklan di wall mereka. Bukannya tak boleh nak post iklan di media sosial, boleh tapi biarlah dilakukan dengan berstrategi dan pada masa yang sesuai.

Kalau dah asyik beriklan sahaja, memang ramailah orang yang akan lari daripada anda. Lagipun siapa yang suka tengok iklan 24 jam kan?

Sebaiknya, sediakan konten dan fokus kepada perkongsian yang anda nak kongsikan kepada prospek anda. Fokus kepada apa yang mereka nak daripada anda dan tugas anda adalah untuk penuhi kehendak mereka.

Anda perlu update sesuatu yang memberi nilai dan manfaat kepada prospek anda dan bukannya hanya post iklan semata-mata.

Anda boleh gunakan rule 3B1I (3 kali Beri dan 1 kali Iklan) dalam post anda sebagai panduan untuk anda merancang post perkongsian dan iklan anda.

Ingat, dalam media sosial lagi banyak anda berkongsi, lagi senang untuk anda close prospek anda.


Gunakan Gambar Post & Video Dengan Bijak

Anda perlu bijak menggunakan gambar-gambar dan video dalam post anda. Jadikan ianya sebagai alat untuk anda tonjolkan mesej bisnes anda.

Antara benda yang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan logo serta tagline bisnes anda dalam setiap gamabr-gambar dan video-video dalam setiap posting yang anda buat dalam Facebook Profile anda.

Kalau anda bijak anda boleh selitkan mesej-mesej bisnes anda dalam setiap gambar dan video post anda. Sama macam jenama-jenama besar seperti Nike, Adidas dan banyak lagi.

Mereka bijak menggunakan gambar-gambar dan video-video dalam post mereka dalam media sosial untuk menyampaikan mesej-mesej mereka kepada prospek.

Kalau mereka pun buat, kenapa tidak anda?


Elakkan Kontroversi Dalam Post Di Facebook Profile

Semua orang nak bersuara dalam media sosial. Termasukklah anda yang sedang berniaga tu. Kalau nak bersuara tu biarlah bertapis dan kalau boleh elakkan kentroversi dalam post anda.

Tambah lagi jika ianya melibatkan isu-isu sensitif yang melibatkan kaum, agama dan politik. Terutama sekali berkaitan politik. Sangat bahaya kerana anda boleh dilabelkan sebagai penyokong tegar kepada ahli atau parti politik.

Sentiasa berada dalam keadaan neutral kerana jika anda terlibat dalam satu-satu kontroversi, bisnes anda akan turut sama terlibat dalam kontroversi tersebut.

Sebabnya, dalam media sosial terutamanya Facebok Profile, anda adalah cermin kepada bisnes anda. jika anda negatif, maka negatiflah pandangan prospek kepada bisnes anda.


Jaga Adab & Kesopanan Anda

Apa yang anda tulis di Facebook Profile anda menunjukkan siapa diri anda dan imej bisnes anda. Sila jaga adab dan kesopanan anda dalam setiap post yang anda buat. Jaga juga adab dan kesopanan anda ketika melayan prospek yang bertanya dengan anda.

Jangan sesekali menggunakan bahasa kesat, cacian, maki hamun dalam setiap post yang anda buat dalam Facebook Profile anda. Sentiasa gunakan bahasa yang sopan dan ramah bagi menonjolkan imej yang positif kepada anda serta bisnes anda.

Benda-benda negatif yang anda buat di wall Facebook Profile anda senang sangat nak jadi viral di medai sosial. Tak percaya? Tengok je isu 18 19 yang viral sebelum ini (kalau tak faham tak apa). Berapa banyak komen-komen negatif serta kecaman yang pemilik akaun media sosial tu terima?

Jadi jangan tunjukkan sikap negatif anda di wal Facebook Profile anda. Tapi tunjukkan sifat-sifat positif kerana ianya akan memberikan impak dan kesan yang positif kepada anda dan bisnes anda.


Cari Rakan Yang Sekepala

Maksudnya di sini adalah anda perlu cari rakan yang sesuai dengan bisnes anda. Cari rakan yang minat dengan niche bisnes anda.

Contohnya kalau anda buat bisnes kedai makan, cari rakan yang minat makan. Kalau anda buat bisnes alat-alat sukan, cari rkaan yang minat bersukan. Jika anda buat bisnes travel agency, carirakan yang minat bercuti dan melancong.

Jadi, bila anda buat post perkongsian, mesej anda akan lebih mudah difahami oleh prospek anda. Tak payah lagi nak buat penegrangan yang berjela sebab mereka boleh connect dengan apa yang anda sampaikan dalam post anda.


Konsisten Beri Konten

Anda perlu konsisten beri konten kepada prospek anda. Mereka sangat-sangat menunggu perkonsian daripada anda. Dengan memberikan konten secara konsisten, ianya akan meningkatkan kredibiliti anda serta kepercayaan prospek kepada anda dan bisnes anda.

Ia juga menunjukkan yang anda adalah seorang yang berautoriti dan tahu serba serbi mengenai topik yang anda konsikan itu. Konten yang anda kongsikan kepada prospek anda mampu menjadikan mereka sebagai follower fanatik anda yang mana mereka akan menjadi sangat taksub kepada apa yang anda katakan.

Pada tahap ini, anda campaklah apa-apa produk/servis pun, mereka akan grab tanpa banyak soal.

Tapi untuk sampai ke tahap ini, anda perlu konsisten memberikan konten kepada prospek anda.


Aktif Bersosial Menggunakan Akaun Facebook Profile

Respon pada post anda di media sosial adalah benda yang ebrlaku dua hala. Maksudnya, kalau anda nak dapat banyak respon di setiap post yang anda buat (like, komen dan share) anda juga kena buat benda yang sama di setiap post rakan-rakan anda.

Tapi pastikan yang post anda adalah sesuatu yang bernilai buat prospek anda. Bukannya yang syok sendiri!

Sama juga kalau ada orang komen pada post anda, jangan lupa like dan balas (reply) komen mereka. Dengan cara itu anda akan daoat tingkatkan lagi engagement pada post anda. Sebabnya orang sanagat suka apabila perbuatan mereka dihargai walaupun dengan ucapan terima kasih.

Ianya sangat bermakna buat mereka dan menunjukkan yang anda adalah seorang yang mengambil berat serta prihatin kepada mereka.


Kesimpulan

Untuk menjadi serorang yang berpengaruh di media sosial mudah tapi ianya perlu disertakan dengan adab dan kesopanan serta menonjolkan nilai-nilai positif anda. Kerana anda melambangkan bisnes anda dalam setiap perkara yang anda buat di wall Facebook Profile anda.

Disamping itu anda perlu bijak memilih rakan anda di Facebook untuk anda sampaikan mesej anda dengan mudah.

Inilah peluang yang perlu anda grab pada masa sekarang untuk kembangkan bisnes anda dengan mudah, murah dan berkesan. Anda perlu manfaatkan setiap kelebihan yang media sosial tawarkan untuk bisnes anda. Dulu tak ada benda-benda macam ni, tapi seakrang dah ada kenapa kita tak manfaatkannya kan?

Kenapa ramai orang baru nak mula bisnes guna Facebook? Cuba baca artikel Kenapa Facebook Sesuai Untuk Mereka Yang Baru Mula Bisnes!

Kalau anda rasa artikel ini bagi manfaat kepada anda jangan lupa share! Biar ramai lagi dapat manfaat seperti anda.