Teknik AIDA merupakan satu teknik untuk menulis copywriting yang berkesan dan merupakan teknik yang paling lama digunakan. Bagaimana teknik AIDA dapat mebantu anda untuk menghasilkan copywriting yang berkesan? Saya kongsikan kepada anda bagaimana nak gunakan teknik AIDA dalam copywriting anda dalam artikel kali ini.

Tak kira sama ada anda berada di Facebook ataupun Instagram, semua tak boleh tolak yang copywriting memainkan peranan dalam menarik prospek datang kepada anda.

Sebut sahaja bisnes online, memang tak boleh lari daripada copywriting.

Hakikat pahit yang perlu ditelan oleh semua usahawan online adalah tak semua orang yang mampu menulis ayat copywriting yang mampu mencairkan prospek untuk mendapatkan produk/servis mereka.

Tambah lagi kalau anda masih lagi baru dalam bidang online dan kurang pengalaman dalam penulisan copywriting.

Tapi anda tak perlu risau kerana kemahiran copywriting adalah kemahiran yang anda boleh belajar dan asah sehingga tajam. ianya adalah kemahiran yang anda boleh develop sendiri.

Mungkin akan ambil masa yang lama sedikit berbanding dengan mereka yang berbakat dalam penulisan, tapi kemahiran ini anda boleh dapat sekiranya anda konsisten belajar dan amalkan serta praktikkan secara konsisten.

Baiklah, sbelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya untuk bagi gambaran keseluruhan konten artikel saya kali ini.


Teknik AIDA

  • Apa Itu Teknik AIDA?
  • Di Mana Nak Gunakannya?
  • Apa Itu Attention/Awareness
  • Apa Itu Interest
  • Apa Itu Desire
  • Apa Itu Action


Apa Itu Teknik AIDA?

Teknik AIDA adalah satu teknik pemasaran dan pengiklanan yang diasaskan oleh St. Elmo Lewis. Asalnya teknik ini digunakan untuk menerangkan langkah ataupun journey pelanggan daripada fasa tahu sehinggalah membuat keputusan untuk beli.

Teknik ini telah diguna pakai oleh seluruh copywriter di seluruh dunia sebagai asas dalam penulisan copywriting mereka (termasuklah saya). Siapa yang belajar copywriting pasti akan belajar teknik basic AIDA ni.

Daripada AIDA inilah kemudiannya berkembang menjadi pelbagai lagi teknik lain untuk menulis copywriting.


Di Mana Nak Gunakannya?

Teknik AIDA adalah asas yang kita gunakan untuk tulis copywriting yang berkesan. Anda boleh gunakannya untuk hasilkan pelbagai jenis copywriting untuk pelbagai jenis platform.

Tapi untuk artikel kali ni saya fokuskan kepada penulisan copywriting di media sosial terutamanya di Facebook.

Sebab ramai yang buat pemasaran di Facebook. Dekat mana anda boleh gunakan teknik AIDA ni untuk hasilkan copywriting dalam Facebook?

Anda boleh gunakannya di mana-mana bahagian Facebook sama ada di Facebook Profile, Facebook Fanpage, Facebook Group, Facebook Event dan banyak lagi tempat di Facebook.

Ok anda dah pun tahu dekat mana nak gunakan copywriting yang menggunakan teknik AIDA ni sesuai digunakan. Sekarang kita tengok pula apa maksud AIDA dan bagaimana nak gunakannya dalam penulisan copywriting.

Disclaimer: Ini teknik asas sahaja. Untuk teknik yang lebih advance boleh rujuk pada artikel lain. Tapi masih boleh digunakan sebagai panduan untuk mereka yang baru dalam menulis copywriting.


Apa Itu Attention/Awareness

Akronim pertama dalam AIDA adalah A iaitu mewakili Attention/Awareness.

Maksudnya disini anda perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian prospek anda. Kalau anda tak tarik perhatian mereka macam mana mereka nak sedar yang anda wujud.

Betul ke betul?

Itulah fungsi Attention/Awareness ni. Nak tarik perhatian prospek supaya mereka sedar yang anda wujud supaya mereka nampak mesej pemasaran anda.

Jadi macam mana nak tarik perhatian prospek supaya baca ayat copywriting anda?

Untuk tarik perhatian prospek, anda perlukan headline dalam copywriting anda.

Headline ni berfungsi sebagai attention grabber dan stopper prospek untuk membaca ayat copywriting anda. Ada banyak cara menulis headline yang anda boleh belajar di luar sana.

Tapi dalam artikel ini saya kongsikan satu formula simple yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan headline yang menarik.

<Target Prospek><Selesai Masalah><Tempoh>

Anda boleh susun ikut keadaan. Formula yang saya bagi tu sebagai contoh je.

Contoh 1:

Susunan <Target Prospek><Selesai Masalah><Tempoh>
Anda Suri Rumah Yang Selalu Tak Cukup Duit Setiap Bulan? Nak selesaikannya Dalam Tempoh 7 Hari?

Contoh 2:

Susunan <Tempoh><Target Prospek><Selesai Masalah>
Dalam 7 Hari Sahaja Suri Rumah Ini Berjaya Selesaikan Hutangnya! Nak Tahu Macam Mana?

Contoh 3:

Susunan <Selesai masalah><Tempoh><Target Prospek>
Rasa Mustahil Nak Selesaikan Hutang Dalam Masa 7 Hari? Suri RUmah Ini Boleh Buat. Kenapa Tidak Anda?

Itu 3 contoh yang saya boleh berikan kepada anda. Anda boleh praktiskan teknik ni sekerap mungkin untuk dapatkan rentak menulis headline.


Apa Itu Interest

Akronim seterusnya dalam teknik AIDA adalah I iaitu mewakili Interest.

Selepas anda tarik perhatian prospek untuk membaca headline anda, anda perlu tarik perhatian mereka untuk membaca dengan lebih lanjut lagi copywriting anda.

Cara yang paling mudah saya boleh kongsikan dengan anda dalam artikel ini adalah dengan kaedah problem statement.

Macam mana pulak kaedah problem statement ni?

Anda senaraikan punca masalah-masalah yang dihadapi oleh prospek anda. Kalau banyak buat dalam bentuk point form.

Contoh:

Anda seorang suri rumah yang sering mengalami masalah:

  • Selalu tak cukup duit untuk beli susu anak?
  • Gaji suami tak cukup nak sara hidup anda sekeluarga?
  • Duit belanja yang suami bagi tak cukup untuk anda belanja?
  • Selalu ikat perut sebab duit barang dapur yang suami bagi tak cukup?

Jika anda ada masalah di atas, anda tak perlu risau lagi kerana kami bakal selesaikan masalah and dalam masa 7 hari dari sekarang!

Cara kedua anda boleh letakkan testimoni pelanggan anda yang berkaitan dengan target prospek anda.

Contoh:

“Dulu saya selalu tak cukup duit untuk belanja rumah dan anak2. Tapi lepas saya amalkan teknik Super Income yang Tuan Faisal ajar, hidup saya terus berubah 360 darjah. Dalam seminggu je saya berjaya jana income 4 angka! Yang paling best dan paling saya suka adalah saya tak payah spend duit sesen pun untuk ads! Sangat2 puas hati dan berbaloi.” – Puan Heliza, Puchong
Inilah pengalaman Puan Heliza yang membuatkan saya gembira sebab beliau dapat keluar daripada masalah beliau. Beliau seorang suri rumah pun boleh buat, kenapa tidak anda?

Ini adalah 2 contoh kaedah yang boleh digunakan untuk menulis intro copywriting dengan tujuan menarik prospek memabaca ayat copywriting yang anda dah tulis.

Kunci untuk mahir menulis intro copywriting yang bagus adalah dengan kenal prospek dan tahu apa masalah serta kesakitan (pain) yang dihadapi prospek.


Apa Itu Desire

Akronim seterusnya dalam teknik AIDA adalah D iaitu mewakili Desire.

Apakah yang dimaksudkan dengan desire?

Ok macam ni, selepas anda tarik minat mereka anda perlu bagi pulak keinginan mereka. Apa yang prospek paling inginkan daripada anda?

Penyelesaian masalah dan tawaran (offer) yang anda bagi.

Anda lihat, ada 2 komponen yang penting dalam desire iaitu penyelesaian masalah dan tawaran (offer). Ini adalah core yang anda kena kausai dalam bahagian ini.

Macam mana nak selesaikan masalah prospek? Bagi produk anda lah! Apa lagi? Hehehe.

Bagaimana nak tulis penyelesaian masalah yang bagus?

Anda boleh ikut langkah ini:

  1. Perkenalkan produk/servis
  2. Bagitahu manfaat yang pelanggan dapat selepas guna produk/servis anda.
  3. Bagaimana produk/servis anda boleh selesaikan masalah mereka.

Contoh:

Perkenalkan produk/servis:

Saya tahu ramai kat luar sana yang hadapi masalah kewangan. Bukan suri rumah je yang ada masalah ni. Tapi ramai yang stuck dan tak tahu macam mana nak keluar daripada masalah ni.
Jadi untuk bantu anda keluar daripada masalah ini saya akan mengadakan Seminar Super Income 2020!

Bagitahu manfaat yang pelanggan dapat selepas guna produk/servis anda

Selepas ikut Seminar Super Income ni anda akan:

  • Rasa lebih bersemangat untuk mengadapi cabaran hidup.
  • Dapat tahu rahsia bagaimana orang berduit gandakan duit mereka
  • Dapat jalan keluar daripada masalah kewangan anda
  • Rahsia macam mana nak buat duit tanpa keluar duit
  • Dan banyak lagi kejutan untuk anda nanti!

Untuk senaraikan manfaat elok dibuat dalam bentuk point form supaya prospek mudah baca.

Bagaimana produk/servis anda dapat selesaikan masalah mereka.

Dalam seminar ini anda akan didedahkan tentang rahsia dan teknik yang betul macam mana nak buat pelanggan tak sabar nak bagi duit kepada anda. Bukan lagi anda yang sbuk minta pelanggan bayar tapi pelanggan yang tak sabar nak bayar dekat anda!

Bahagian kedua dalam desire adalah tawaran (offer) anda kepada prospek.

Anda perlu berikan ‘the best offer‘ kepada prospek yang mana kalau mereka tak grab secepat mungkin mereka akan rugi. Anda boleh letakkan bonus, diskaun ataupun hadiah percuma untuk tarik perhatian mereka supaya buat tindakan membeli produk/servis anda dengan segera.

Anda boleh gunakan kaedah limited time atau limited kuantiti untuk menggalakkan mereka bertindak segera. Ini dipanggil urgency yang mana ia boleh meningkatkan lagi prospek nak buat tindakan dengan segera.

Contoh:

Terhad kepada mereka yang grab sebelum 31 Disember 2019! Diskaun gila kentang untuk anda yang bertindak cepat.
Anda tak perlu bayar macam orang lain yang lambat bertindak RM 150. Tapi anda hanya perlu bayar RM 50 sahaja! Saya sponsor RM 100 kepada yang betul2 serius nak ubah hidup mereka.

Anda boleh fikirkan banyak cara untuk menulis tawaran anda. Be creative!


Apa Itu Action

Akronim seterusnya dalam teknik AIDA adalah A iaitu mewakili Action.

Bahagian ini lebih mudah daripada bahagian Interest dan Desire. Lebih straight to the point.

Anda perlu buat arahan untuk prospek bertindak! Tak kira sama ada nak Whatsapp, call, SMS atau Telegram. Terpulang kepada anda nak gunakan channel yang mana satu yang mudah untuk anda uruskan.

Tapi saya nak ingatkan tentang action ni. Jangan terlebih excited pulak sampai semua channel anda nak letak dalam ayat action anda.

Tolong jangan buat macam ni sebabnya anda akan buat prospek pening tak tahu nak pilih yang mana satu. last-last langsung tak ada tindakan yang mereka akan buat.

Pilih satu je channel untuk mereka bertindak. Lagipun kalau anda buat banyak-banyak channel serentak, anda pun akan jadi pening nak uruskan prospek yang bertanya anda nanti.

Itulah sebabnya anda kena fokus kepada satu channel sahaja.

Faham ke faham?

Contoh ayat action:

Wasap 0123456789 “Nak Ubah Hidup” SEGERA!

Atau

Berminat nak join Seminar Super Income ni? KLIK link SEGERA!
https://wasap.my/60123456789/Saya+Nak+Ubah+Hidup

Kalau anda gabungkan kesemua elemen yang terdapat dalam teknik AIDA ni, copywriting penuh anda akan jadi macam contoh di bawah.

Dalam 7 Hari Sahaja Suri Rumah Ini Berjaya Selesaikan Hutangnya! Nak Tahu Macam Mana?

Anda seorang suri rumah yang sering mengalami masalah:

  • Selalu tak cukup duit untuk beli susu anak?
  • Gaji suami tak cukup nak sara hidup anda sekeluarga?
  • Duit belanja yang suami bagi tak cukup untuk anda belanja?
  • Selalu ikat perut sebab duit barang dapur yang suami bagi tak cukup?

Jika anda ada masalah di atas, anda tak perlu risau lagi kerana kami bakal selesaikan masalah and dalam masa 7 hari dari sekarang!

Saya tahu ramai kat luar sana yang hadapi masalah kewangan. Bukan suri rumah je yang ada masalah ni. Tapi ramai yang stuck dan tak tahu macam mana nak keluar daripada masalah ni.

Jadi untuk bantu anda keluar daripada masalah ini saya akan mengadakan Seminar Super Income 2020!

Selepas ikut Seminar Super Income ni anda akan:

  • Rasa lebih bersemangat untuk mengadapi cabaran hidup.
  • Dapat tahu rahsia bagaimana orang berduit gandakan duit mereka
  • Dapat jalan keluar daripada masalah kewangan anda
  • Rahsia macam mana nak buat duit tanpa keluar duit

Dan banyak lagi kejutan untuk anda nanti!

Dalam seminar ini anda akan didedahkan tentang rahsia dan teknik yang betul macam mana nak buat pelanggan tak sabar nak bagi duit kepada anda. Bukan lagi anda yang sbuk minta pelanggan bayar tapi pelanggan yang tak sabar nak bayar dekat anda!

Terhad kepada mereka yang grab sebelum 31 Disember 2019! Diskaun gila kentang untuk anda yang bertindak cepat.

Anda tak perlu bayar macam orang lain yang lambat bertindak RM 150. Tapi anda hanya perlu bayar RM 50 sahaja! Saya sponsor RM 100 kepada yang betul2 serius nak ubah hidup mereka.

Berminat nak join Seminar Super Income ni? KLIK link SEGERA!

https://wasap.my/60123456789/Saya+Nak+Ubah+Hidup

Tengok, dah siap pun copywriting kita yang lengkap untuk kita post dalam Facebook.

Senang ke senang?

Kalau anda rasa susah sebabnya anda masih lagi tak biasa menulis copywriting. Untuk mahir dalam copywriting, anda kena selalu menulis dan bat latihan menulis copywriting.

Anda kena ingat orang yang power menulis copywriting pun bermula seperti anda. Tak tahu apa-apa tapi ada kesungguhan untuk belajar dan selalu menulis sehingga mereka mahir menulis ayat copywriting.


Kesimpulan

Anda boleh gunakan teknik AIDA sebagai panduan untuk anda menulis ayat copywriting anda. Teknik ini adalah teknik yang telah diguna pakai oleh ramai copywriter terkenal dunia sejak dulu lagi. Kenapa tidak anda?

Ini adalah teknik asas untuk menulis ayat copywriting bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak menulis copywriting.

Untuk mahir anda perlu selalu menulis dan uji ayat copywriting anda tadi di Facebook. Kalau tak jadi tak apa, jangan putus asa. Cuba lagi sampai berjaya.

Kalau anda tak cuba mana anda tahu anda tak pandai tulis copywriting kan?

Ingat tak ada orang yang lahir-lahir terus pandai tulis copywriting, semua bermula dari bawah. Apa yang mebezakan antara orang yang hebat dan yang biasa-biasa adalah keazaman untuk tak putus asa bila gagal.

Bila gagal mereka akan cari jalan untuk atasi kegagalan tersebut. Mereka tak mudah patah semangat. Itu yang membuatkan mereka berjaya.

Anda rasa artikel ini menarik dan bermanfaat? Jangan lupa kongsikan artikel ni supaya ramai lagi dapat manfaat.