Sistem

Anda perlukan sistem yang dapat membantu bisnes anda? Dah penat buat semua benda secara manual? Anda boleh gunakan koleksi sistem yang saya juga gunakan dalam bisnes saya. Ada yang PERCUMA dan ada yang berbayar. Senarai sistem dalam laman ini mungkin akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Sistem Percuma

Wave Accounting Software

Selalu tak alami masalah duit bisnes ‘bocor’? Duit masuk banyak tapi akhir bulan tak tahu ke mana pergi duit tadi? Ataupun anda pening nak buat akaun sendiri? Nak upah akauntan mahal?

 

Mungkin sistem ini mampu membantu anda. Inilah masanya untuk anda belajar untuk mengurus duit keluar masuk bisnes anda. 

jangan risau sebab sistem ini sangat mudah untuk digunakan dan mesra pengguna.

Info Lanjut

Funnelytics

Selalu buat kempen pemasaran tapi tak tahu ke mana hala tuju? Ataupun buat kempen pemasaran lepas tu buat iklan selalu rugi?

Mungkin sebab anda buat kempen pemasaran tanpa strategi yang betul. Untuk pastikan kempen pemasaran anda berjaya. Inilah masanya untuk anda susun kempen pemasaran anda dengan betul untuk pastikan setiap kempen anda berjaya menghasilkan jualan.

Sistem ini mungkin dapat membantu anda untuk rancang sales funnel anda.

Info Lanjut

Pilot Poster

Dah penat nak post ke Facebook Group secara manual? Nak cari sistem autopost di facebook yang PERCUMA tapi tak jumpa?

Jangan risau, sebab sistem Pilot Poster mungkin dapat membantu anda. Yang paling best sistem ni PERCUMA je (ketika saya sedang tulis page ini)! Akan datang tak tahu macam mana, mungkin akan ditukar kepada berbayar.

Daftar sementara ianya masih PERCUMA!

Info Lanjut

Canva

Nak buat design gambar tapi tak ada software design gambar yang canggih-canggih macam Photoshop? Tak ada bajet untuk upah orang buat design?

Sistem Canva mungkin boleh bantu anda untuk anda selesaikan masalah anda. Sistem ini sangat mudah untuk digunakan dan kalau tak ada idea ada banyak contoh-contoh design yang profesional. Anda boleh pilih, edit dan terus guna!

Yang paling best ianya PERCUMA!

Info Lanjut

Ubersuggest

Pening kepala nak cari keyword apa yang bagus untuk artikel atau domain anda? Tak ada idea apa yang orang tengah cari sekarang?

Sistem ini mungkin dapat membantu anda. Anda boleh dapatkan idea keyword yang popular dan tengah naik sekarang untuk anda gunakan sebagai ranking SEO anda.

Sangat mudah digunakan dan mesra pengguna.

Info Lanjut

Trello

Ada projek besar dan ada team untuk menjadikan projek tersebut berjaya? Tapi masalahnya susah nak pantau kerja-kerja atau task yang team anda sedang buat.

Jangan risau sebab Trello dapat selesaikan masalah anda. Kini anda boleh pantau kerja-kerja team anda dengan mudah untuk anda pastikan milestones projek anda berjalan dan disiapkan mengikut jadual.

Sistem yang bagus untuk menguruskan dan memantau task setiap ahli team anda atau anda boleh gunakan untuk memantau task yang perlu ada buat setiap hari.

Info Lanjut