Setting Facebook Profile yang profesional sangat penting bagi usahawan yang nak gunakannya sebagai medium pemasaran. Bagaimana nak setting Facebook Profile anda supaya nampak profesional? Saya akan kongsikannya dalam artikel kali ini.

First impression prospek terhadap anda sangat penting. Begitu juga dalam Facebook. First impression anda kepada prospek anda adalah pada Facebook Profile anda.

Ramai orang yang ambil ringan dalam perkara ini. menyebabkan prospek rasa anda tak serius dalam bisnes anda.

Mana taknya, gambar profile letak gambar yang entah apa-apa. Timeline cover letak gambar yang tak ada kaitan langsung dengan bisnes atau melambangkan yang anda seorang profesional.

Semua ini mencerminkan siapa diri anda yang sebenarnya. Prospek akan menilai anda melalui Facebook Profile anda. Kalau ke laut setting Facebook Profile anda, maka ke lautlah anda dan bisnes anda pada mata prospek.

Ok sebelum kita pergi lebih jauh, saya nak beri gambaran sedikit kepada anda apa yang akan anda dapat dalam artikel kali ini.


Setting Facebook Profile Untuk Bisnes

  • Profile Picture
  • Timeline Cover
  • Profile Intro
  • Profile Details
  • Profile Featured Picture

Itu adalah gambaran awal tentang apa yang akan saya kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini.

Ok untuk tidak membuang masa mari kita go through satu persatu topik kita dalam artikel kali ini.


Setting Facebook Profile Picture

Gambar yang anda gunakan dalam profile picture anda akan menunjukkan siapa anda dalam Facebook.

Kalau anda letakkan gambar lepas bangun tidur, maka imej anda pada prospek adalah anda seorang yang selekeh.

Kalau anda letakkan gambar seorang yang profesional, maka prospek akan pandang anda sebagai seorang yang profesional.

Terpulang kepada anda imej yang macam mana anda nak berikan pada prospek anda.

Tapi bagi yang berbisnes, saya sarankan supaya anda tunjukkan yang anda adalah seoarang usahawan yang profesional. Carilah gambar anda yang paling hemsen/cantik serta profesional yang anda boleh dapatkan.

Kalau perlu buat photo shoot untuk nampak profesional, buatlah. Ianya akan memberikan impak yang positif kepada bisnes anda.

Bagaimana nak setting Facebook Profile Picture?

  • 1.  Klik butang Update

    setting Facebook Profile tekan butang Update

  • 2. Pilih + Upload Photo atau gambar-gambar yang dalam senarai suggestion Facebook. Anda boleh letakkan Frame yang sesuai jika perlu.

    Pilih gambar Facebook Profile


Setting Facebook Profile Timeline Cover

Timeline cover merupaka salah satu benda penting yang anda perlu jaga jika anda nak gunakan Facebook Profile anda untuk bisnes.

Kenapa ianya penting?

Sebab fungsi timeline cover ini macam papan iklan atau billboard peribadi anda di Facebook. Anda boleh letakkan iklan yang berkaitan dengan bisnes anda di timeline cover ni.

Kalau anda letakkan gambar yang tidak sesuai,atau gambar yang ntah apa-apa, anda sebenarnya sudah melakukan kerugian sebab anda tak manfaatkan fungsi timeline cover ini sepenuhnya.

Jadi pilihlah gambar yang berkaitan dengan bisnes anda ataupun promosi-promosi yang anda nak buat di timeline cover anda.

Faham ke faham ni?

Macam mana nak tukar gambar timeline cover?

Sebelum tu anda kena tahu dulu dekat mana kedudukan timeline cover ni. Boleh rujuk gambar di bawah kalau masih tak tahu dekat mana kedudukan timeline cover ni.

Contoh kedudukan Profile Picture dan Timeline Cover

Step nak tukar gambar timeline cover

  • 1.  Klik Update Cover Photo

    Cara update timeline cover

  • 2. Pilih mana yang berkenaan. Anda boleh pilih mana-mana pilihan yang sesuai. Jika anda sudah ada gambar yang ingin dijadikan timeline cover, anda boleh pilih Select Photo atau kalau tak ada boleh pilih Upload Photo. Ada lagi menu yang lain yang anda boleh explore sendiri tapi yang basic adalah Select Photo dan Upload Photo.

    Pilih macam mana nak ambil gambar timeline cover

  • 3. Selepas pilih gambar, anda perlu adjust kedudukan gambar anda agar mesej yang anda nak sampaikan dalam timeline cover tu nampak jelas. Dah selesai adjust, boleh tekan Save Changes.

    Save Changes untuk simpan timeline cover


Setting Facebook Profile Intro

Jarang orang menggunakan ruangan Intro yang terdapat pada Facebook Profile mereka. Ruangan ini nampak kecil tapi ianya memberikan impak yang besar kepada bisnes anda.

Ruangan Intro ni adalah ringkasan tentang siapa anda. Anda perlu terangkan secara padat dan ringkas mengenai siapa anda dalam ruanagn ini.

Bila prospek lihat bahagian Intro ni mereka akan tahu siapa anda sebenarnya. Kalau anda tulis perkara yang bukan-bukan pada ruangan ini, maka prospek akan anggap anda adalah apa yang anda tulis pada ruangan ini.

Jika anda tulis dengan baik, ianya boleh meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan prospek kepada anda.

Bagaimana nak edit ruangan Intro ni?

  • 1. Klik butang Edit Bio seperti dalam gambar di bawah

    Klik butang Edit Bio

  • 2. Tulis penerangan ringkas dan padat mengenai siapa anda. Dah siap, tekan Save untuk simpan apa yang anda dah tulis tadi.

    Edit dan save


Setting Facebook Profile Details

Ruangan ini juga memainkan peranan untuk menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya.

Ianya memaparkan maklumat yang lebih lanjut mengenai siapa anda dengan maklumat-maklumat seperti tempat tinggal, tarikh lahir, sekolah mana, universiti mana dan bnayak lagi. Tapi anda boleh tentukan maklumat mana yang anda mahu tunjukkan kepada prospek anda.

Nasihat saya, anda tunjukkan maklumat yang ada kaitan dengan bisnes anda sahaja. Yang lain terpulang kepada anda.

Macam mana nak edit bahagian details ni?

  • 1. Klik Edit Details

    Klik Edit Details untuk ubah setting

  • 2. Pilih maklumat yang anda ingin tunjukkan kepada propek, tekan Save untuk simpan apa setting anda tadi.

    Save setting


Setting Facebook Profile Featured Picture

Ruangan ini juga merupakan salah satu tempat untuk anda letakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan bisnes anda. Ia juga tempat yang bagus untuk anda tonjolkan gambar-gambar promosi anda.

Anda boleh setkan 9 gambar terbaik yang anda nak tunjukkan kepada prospek anda.

Apa yang bagusnya pasal Featured Picture ni, kedudukan dan kandungannya tak akan berubah walaupun anda masukkan gambar baru dalam post anda.

Ia hanya memaparkan 9 gambar yang anda dah set tadi. Itulah sebabnya saya katakan yang ianya sangat sesuai untuk anda tonjolkan gambar-gambar promosi anda.

Jadi gunakan fungsi yang Facebook dah sediakan ni dengan bijak dan manfaatkannya untuk bisnes anda.

Faham ke faham?

Macam mana nak edit Featured Picture ni?

Mudah je, ikut langkah di bawah ni.

  • 1. Klik Edit Featured

    Ubah setting featured picture

  • 2. Pilih 9 gambar terbaik anda daripada list yang diberikan atau anda boleh upload gambar baru, tekan Save untuk simpan Featured Picture.

    Pilih featured picture, susun dan save


Kesimpulan

Facebook Profile memang boleh dijadikan sebagai medium pemasaran untuk bisnes anda jika anda setkan dengan betul. Benda ini memang nampak remeh bagi mereka yang tak buat bisnes guna Facebook Profile.

Tapi bagi mereka yang nak buat bisnes guna Facebook Profile, ianya sangat penting kerana ianya mencerminkan siapa kita di media sosial.

Ia juga menjadi ‘first impression‘ prospek kepada personaliti anda. Jika baik yang anda tonjokan, maka baiklah pandangan prospek terhadap anda. Begitu juga sebaliknya.

Jadi luangkan masa untuk anda setup Facebook Profile anda supaya ianya mesra bisnes anda.

Nak tahu tips menarik bagaimana nak guna Facebook Profile untuk bisnes? Anda boleh baca artikel Tips Guna facebook Profile Untuk Bisnes

Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa share untuk lagi ramai orang dapat manfaat yang sama macam anda.