Facebook seringkali menjadi salah satu pilihan sebagai medium pemasaran bagi pemilik bisnes online ataupun offline. Kenapa ianya menjadi pilihan mereka terutamanya bagi yang baru nak mula bisnes? Apa kelebihan dan keistimewaan Facebook  sampaikan syarikat-syarikat gergasi seperti Nestle, Adidas dan lain-lain menggunakannya? Saya akan bincangkannya dalam artikel dalam blog ini.

Bagi yang baru nak mula buat bisnes, majoriti akan bermula dengan model bisnes online. Ini adalah kerana model bisnes ini sangat fleksibel dan mudah untuk dijalankan berbanding dengan model bisnes secara offline.

Dengan kos yang sangat rendah dan zero modal, anda sudah boleh memulakan bisnes online berbandig dengan bisnes offline yang memerlukan kos setup yang tinggi sebelum boleh mulakan perniagaan.

Medium yang menjadi pilihan ramai usahawan yang baru nak bermula bisnes online adalah Facebook. Kenapa ramai usahawan baru yang memilih platform ini sebagai medium pemasaran mereka?

Di bawah adalah beberapa sebab mengapa ramai usahawan online yang baru memilih Facebook sebagai medium pemasaran mereka.

Lubuk Trafik Yang Besar

Suka atau tidak, anda memang tak boleh nafikan fakta ini. Kalau tak kenapa jenama-jenama besar nak susah-susah bina audiens mereka di Facebook? Kalau mereka pun gunakan platform ini, kenapa pulak anda tak nak gunakannya?

Lagi satu benda yang menarik adalah, anda boleh berinteraksi dan mendapatkan data apa yangprospek anda mahukan daripada aktiviti-aktiviti yang anda lakukan di Facebook.

Sebagai contoh, anda boleh adakan satu kuiz soal jawab kepada semua pengikut anda di facebook untuk anda dapatkan maklumat produk/servis apa yang sesuai anda jual kepada mereka.

Ada satu fakta menarik yang anda boleh dapat di internet. Purata pengguna Facebook akan menghabiskan masa dalam 50 minit sehari di Facebook.

Ikut statistik juga sebanyak 2.45 billion pengguna yang aktif setiap bulan pada kuarter ketiga tahun ini (2019).

Jadi, tak hairanlah kalau ramai orang yang baru mula bisnes online akan memilih platform ini sebagai medium pemasaran mereka.

Anda ada potensi 2.45 billion trafik setiap bulan!

Siapa tak nak kan?

Dah Biasa Dengan Interface Facebook

Majoriti penduduk dunia sekarang memang sudah biasa dengan interface (antaramuka) Facebook. Mana taknya kabanyakan masa mereka banyak dihabiskan di Facebook.

Anda boleh lihat sekarang ni dari yang muda sehingga yang warga emas ada akaun Facebook. Bukan sahaja ada akaun, malah mereka sangat-sangat aktif bersosial di platform ini.

Tak percaya? Cuba anda lihat anak-anak anda, ayah, ibu dan saudara masa yang terdekat. Di mana mereka pergi kalau buka smartphone mereka. Saya boleh katakan majoriti akan buka apps Facebook untuk skodeng atau update status.

Tempat Lepak & Bersosial

Macam yang saya dah sebutkan di atas tadi, orang sekarang banyak habisan masa di Facebook. Ini menjadikan platform sebagai tempat utama untuk mereka lepak dan bersosial.

Cakap sahaja apa topik yang anda nak cari, pasti ada boleh cari di sini. Politik? Cerita tepi tingkap? Berita sensasi? Jual beli barang? Semua ada di platform ini.

Disebabkan ini juga anda boleh lihat Facebook banyak menambah fungsi-fungsi untuk memudahkan penggunanya berurusan untuk membeli barang contohnya seperti Facebook Marketplace.

Pemasaran Yang Viral Dan Percuma

Antara sebab-sebab kenapa ramai usahawan baru menggunakan Facebook adalah kerana ianya mudah untuk viral dan kebanyakannya adalah percuma.

Memang mudah untuk anda menjadikan sesuatu topik itu viral di Facebook (kalau kena dengan strategi dan copywritingnya).

Tak hairanlah kalau anda llihat mainstream media seperti syarikat TV, surat khabar, majalah dan radio juga manfaatkan platform Facebook sebagai salah satu medium untuk mereka menyebarkan maklumat dengan pantas dan percuma.

Peluang Untuk Ke Pasaran Antarabangsa

Siapa yang tak nak pasarkan produk/servis mereka ke luar negara kan? Semua orang nak.

Tapi kalau anda buat secara offline, ianya memerlukan banyak proses dan dokumentasi. Tambah lagi masa yang anda perlukan memang sangat panjang untuk anda pasarkan produk/servis anda ke pasaran antarabangsa.

Tapi dalam platform ini, anda berpeluang untuk pasarkan produk/servis anda ke pasaran antarabangsa jika anda gunakan strategi yang betul. Macam yang saya dah sebutkan di atas tadi, ada 2.45 billion pengguna aktif setiap bulan dalam platform ni.

Pengguna yang aktif ni pulak adalah pengguna dari seluruh dunia! Bukan di Malaysia je. Tapi seluruh dunia!

Ia juga boleh dijadikan tempat untuk anda test market di negara-negara yang anda nak jual produk/servis anda tadi.

Kalau anda dapat banyak pesanan dan jualan di negara yang anda jual produk/servis anda tadi, anda dah boleh merancang untuk pergi ke tahap eksport ke negara tersebut.

Berbanding anda sendiri nak kena pergi ke negara tersebut dan buat market research di sana, kos yang anda keluarkan sekiranya anda menggunakan platform ini adalah sangat-sangat rendah.

Jadi kenapa anda tak nak gunakan peluang yang dah tersedia di depan mata anda ni? Rugilah anda kalau anda tak gunakan kelebihan yang ada di platform ini.

Kesimpulan

facebook menawarkan pelbagai fungsi untuk penggunanya bersosial di platform mereka. tetapi dalam masa yang sama mereka juga menyediakan fungsi-fungsi dan kemudahan yang sesuai untuk anda mulakan bisnes anda di platform mereka.

Anda sebagai pemain baru dalam industri ini perlu menggunakan semua channel pemasaran yang ada disekelilaing anda untuk mencapai seramai mungkin prospek yang berpotensi untuk bisnes anda.

Platform sudah tersedia, tinggal untuk anda gunakan sahaja!

Di atas tadi adalah beberapa sebab kenapa Facebook sesuai digunakan oleh usahawan yang baru nak mula bisnes sebagai medium pemasaran mereka.

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebab lain yang mungkin saya tidak nyatakan di dalam artikel kali ini. Anda boleh berkongsi dengan pembaca-pembaca lain dalam ruangan komen.

Akhir sekali, nasihat saya bagi usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes ni, gunakanlah benda-benda percuma yang efektif untuk bisnes anda untuk minimumkan kos serta kerugian yang terpaksa anda alami kalau bisnes tadi tak jadi.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa tekan butang share ya!