Facebook Fanpage merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Facebook untuk mereka yang nak berniaga di Facebook. Namun tak ramai yang tahu bagaimana nak buat Facebook Fanpage. Dalam artikel kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana cara mudah untuk buat Facebook Fanpage anda sendiri tanpa perlu berbelanja sampai beribu ringgit.

Berapa ramai usahawan yang berniaga di Facebook tapi tak ada langsung Facebook Fanpage?

Saya pasti ramai usahawan yang berniaga di Facebook masih lagi tak ada Facebook Fanpage. Kenapa ianya berlaku?

Ada beberapa sebab yang saya boleh kongsikan kepada anda:

  • Tak tahu macam mana nak buat fanpage
  • Nak upah orang buat tapi mahal
  • Tak tahu kenapa nak kena buat fanpage
  • Malas nak buat fanpage
  • Takut nak buat fanpage sebab takut tak ada orang like page
  • Malas nak update fanpage

Serta banyak lagi yang saya tak tulis di atas.

Sebelum saya pergi lebih jauh macam mana nak buat Facebook Fanpage, saya nak bagi gambaran keseluruhan apa yang anda akan dapat dalam artikel kali ini.


Bagaimana Nak Buat Facebook Fanpage

  • Langkah Demi Langkah Buat Facebook Fanpage
  • Edit Page Info Facebook Fanpage
  • Aktifkan Fungsi Instant Reply
  • Tambah Action Button Pada Facebook Fanpage
  • Aktifkan Fungsi Away Message
  • Create Username

Ok dah jelas dah apa yang bakal saya share kepada anda dalam artikel kali ini? Kalau dah jelas jom kita teruskan.


Langkah Demi Langkah Buat Facebook Fanpage

Mungkin ada yang masih baru dan tak tahu macam mana nak buat facebook Fanpage. Jadi saya cuba tulis artikel ini sebaik mungkin untuk anda faham dan jelas macam mana nak buat Facebook Fanpage.

Sebab apa yang mendorong saya untuk menulis artikel ini? Sebabnya saya pernah jumpa usahawan yang membayar sehingga ribuan ringgit semata-mata nak buat Facebook Fanpage. Pada hakikatnya, nak buat fanpage ni tak perlukan modal pun. Percuma je Facebook bagi.

Jadi saya tulis artikelini adalah untuk bantu anda yang baru berniaga online untuk anda buat Facebook Fanpage anda sendiri.

Jangan risau, ianya sangat cepat dan mudah untuk dihasilkan.

Ok untuk tidak membuang masa jom kita tengok macam mana nak buat Facebook Fanpage dengan PERCUMA!

Langkah demi langkah bina Fanpage

  • 1. Klik pada menu Create yang terdapat dalam menu akaun Facebook anda. Selepas itu klik pada Page untuk anda mula buat Facebook Fanpage anda. Kalau tak jumpa dekat mana, boleh rujuk gambar di bawah.

    Klik butang Create untuk buat facebook Fanpage

  • 2. Pilih jenis fanpage yang sesuai dengan bisnes anda. Saya cadangkan anda gunakan jenis Business or Brand (anda boleh pilih jenis lain yang sesuai dengan bisnes anda kalau anda nak). Kemudian klik Get Started untuk teruskan.

    Cara buat Facebook Fanpage pilih jenis Fanpage

  • 3. Masukkan nama Facebook Fanpage yang anda nak buat dan pilih kategori yang sesuai dengan bisnes anda. Kemudian klik Continue.

    Cara buat Fanpage letak nama fanpage

  • 4. Upload Profile Picture atau anda boleh skip sekiranya anda masih belum ada gambar yang sesuai untuk profile fanpage anda.

    Cara buat Facebook Fanpage upload profile picture

  • 5. Upload Cover Photo/ Timeline Cover atau anda boleh skip sekiranya anda masih tiada gambar yang sesuai untuk dijadikan cover photo.

    Cara buat Fanpage upload Caver Photo/ Timeline Cover

  • 6. Tahniah! Facebook Fanpage untuk bisnes anda telah pun siap.

    Facebook Fanpage yang dah siap

Macam yang saya dah cakap di atas tadi, tak susah pun nak buat Facebook Fanpage ni.

Ok sekarang anda perlu lengkapkannya dengan melakukan beberapa setting asas untuk menjadikan fanpage anda sedia untuk digunakan pada bisnes anda.


Edit Page Info Facebook Fanpage

Untuk setting ini, anda akan masukkan maklumat-maklumat asas mengenai bisnes anda pada fanpage anda. Ini untuk memudahkan prospek/pelawat yang datang ke fanpage anda tahu tentang bisnes yang anda jalankan.

Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk edit page info anda

  • 1. Klik pada menu Edit Page Info yang terdapat pada menu Facebook Fanpage anda. Kalau tak jumpa dekat mana, boleh rujuk gambar di bawah.

    Setting Facebook Fanpage menu edit info

  • 2. Buat sedikit rumusan dan penerangan ringkas mengenai bisnes anda untuk prospek/pelawat yang datang ke fanpage anda dapat gambaran keseluruhan mengenai bisnes yang anda jalankan. Tak perlu tulis [anjang-panjang, cukup sekadar apa yang bisnes anda buat, apa produk/serrvis yang disediakan dan bagaimana nak hubungi anda sekiranya ada sebarang soalan.

    Setting Facebook Fanpage buat short description

  • 3. Isikan maklumat yang diminta pada bahagian Contact dan tekan Save Changes untuk simpan setting yang anda dah buat tadi. Untuk bahagian website, kalau anda masih tak ada website sendiri, anda boleh masukkan link untuk prospek/pelawat Whatsapp anda secara terus.

    Setting Facebook Fanpage edit contact detail

  • 4. Seterusnya anda boleh pilih lokasi bisnes anda dijalankan pada bahagian Location. Anda boleh abaikannya sekiranya anda tak mahu letakkan lokasi bisnes anda.

    Setting Facebook Fanpage edit lokasi bisnes

  • 5. Pada bahagian Hours, anda boleh tetapkan waktu bisnes anda beroperasi. Jika anda tetapkan masa operasi bisnes anda, secara automatik Facebook Fanpage akan waktu Open dan Closed sebagai rujukan kepada prospekyang datang ke fanpage anda.

    Setting Facebook Fanpage Operating hours setting

  • 6. Pada bahagian More pula, anda masukkan maklumat-maklumat tambahan seperti produk/servis yang anda jual dan sebagainya.

    Setting Facebook Fanpage maklumat tambahan

Baiklah, sekarang anda dah pun selesai buat setting asas pada Facebook Fanpage anda.

Sekarang marikita aktifkan beberapa fungsi yang akan membantu bisnes anda yang telah Facebook sediakan pada fanpage.


Aktifkan Fungsi Instant Reply

Salah satu fungsi advance yang disediakan oleh Facebook untuk bisnes yang menggunakan Facebook Fanpage adalah fungsi Instant Reply.

Ianya merupakan satu fungsi yang sangat simple tapi boleh berikan impak yang posiftif kepada bisnes anda jika digunakan dengan betul.

Tapi fungsi Instant Reply ini bukannya seperti chatbot yang boleh reply mesej-mesej yang dihantar oleh prospek melalui messenger. Fungsi Instant Reply ini hanya membalas mesej pertama yang ditinggalkan oleh prospek/pelawat melalui aplikasi messenger.

Dengan kata lain ianya umpama mesej selamat datang (welcome message) untuk prospek/pelawat fanpage anda.

Macam mana nak aktifkan fungsi ini? Ikuti langkah-langkah di bawah.

  • 1. Klik pada Turn on Instant Reply yang terdapat pada newsfeed fanpage anda. Biasanya untuk fanpage yang baru dibuat, menu ini akan berada di newsfeed fanpage anda.

    Cara turn on instant reply

  • 2. Klik pada slide button yang terdapat pada bahagian Instant Reply untuk mengaktifkan fungsi ini.

    Button turn on instant reply

  • 3. Klik pada butang Edit yang terdapat pada bahagian Instant Reply untuk edit mesej yang akan dihantar kepada prospek/pelawat fanpage anda.

    Butang edit mesej instant reply

  • 4. Anda boleh panggil nama prospek/pelawat anda dengan menggunakan fungsi Add Personalization. Pilih First name of recipient untuk panggil nama prospek/pelawat dalam mesej anda.

    Cara add personalization

  • 5. Klik Save setelah anda selesai menulis mesej anda untuk anda simpan mesej yang telah anda ubah tadi.

    Save mesej yang di edit

  • 6. Selain daripada Instant Reply, anda juga boleh mengaktifkan fungsi Frequently Asked Questions untuk menjawab soalan-soalan yang biasa ditanyakan oleh prospek kepada anda. Fungsi ini sudah sedia diaktifkan oleh Facebook. Tapi sekiranya ia belum diaktifkan, anda boleh aktifkannya dengan menggunakan slide button pada menu Frequently Asked Questions. Klik Edit untuk masukkan soalan serta jawapan anda.

    Setting FAQ

  • 7. Klik Add a Question untuk masukkan soalan dan jawapan pertama anda.

    tambah soalan dan jawapan

  • 8. Anda boleh masukkan seberapa banyak soalandan jawapan yang anda nak pada bahagian ini dengan mengulangi langkah 7. Klik Save setelah anda selesai untuk menyimpan semua soalan dan jawapan yang telah anda masukkan tadi.

    Save setting FAQ


Tambah Action Button Pada Facebook Fanpage

Action Button merupakan satu benda yang sangat penting untuk anda tambahkan pada fanpage anda. Ianya boleh mebantu prospek/pelawat untuk melakukan tindakan yang anda telah setkan pada action button tersebut.

Ada banyak jenis action button yang anda boleh tambah pada fanpage anda tapi dalam artikelini saya kongsikan bagaimana nak tambah action button jenis Send Message.

Anda boleh cuba explore sendiri action button jenis yang lain.

Anda dah sedia untuk tambah action button pada Facebook fanpage anda? Jom ikutilangkah di bawah.

  • 1. Klik pada Add a Button yang terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan Facebook Cover/Timeline Cover fanpage anda. Kalau tak jumpa boleh rujuk gambar di bawah.

    Menu Add a Button

  • 2. Pilih Contact you dan kemudian pilih Send Message. Kemudian klik Next untuk langkah seterusnya.

    Setting action button

  • 3. Pilih Messenger dan kemudian klik Finish untuk simpan setting yang telah anda buat.

    Save action button


Aktifkan Fungsi Away Message

Fungsi Away Message merupakan salah satu fungsi yang dapat membantu anda sekiranya anda sedang bercuti ataupun berada diluar kawasan yang mana anda tiada akses kepada fanpage anda.

Dengan kata lain, apabila fungsi ini dikatifkan, satu mesej yang berlainan daripada Instant Reply akan dihantar kepada prospek/pelawat yang menghantar mesej kepada Messenger fanpage anda.

Bagaimana nak setup fungsi ini? Jom ikuti langkah di bawah.

  • 1. Sama seperti fungsi Instant Reply, untuk fanpage yang baru menu untuk akses kepada fungsi ini diletakkan pada newsfeed fanpage anda. Klik pada Turn on Away Message untuk teruskan.

    Turn on away message

  • 2. Klik Edit pada bahagian Away Message untuk edit mesej anda.

    Edit away message

  • 3. Edit mesej anda dan klik Save untuk menyimpan mesej yang telah anda ubah tadi.

    Save away message

  • 4. Untuk mengaktifkan fungsi Away ini, anda perlu klik pada bahagian Messages seperti dalam gambar di bawah.

    Messages inbox

  • 5. Klik pada ikon seperti bubble talk (rujuk gambar) untuk keluarkan menu untuk mengaktifkan fungsi Away ini. Klik pada bahagian Away untuk status Away aktif pada messenger fanpage anda. Jadi prospek/pelawat akan tahu anda tidak dapat membalas mesej mereka kerana anda tak ada akses kepada fanpage anda.

    Ikon bubble

Kenapa penting untuk anda aktifkan fungsi Away Message ini? Ini untuk menjaga response rate anda pada waktu anda tidak dapat mebalas mesej-mesej daripada prospek/pelawat fanpage anda.

Response rate ini menunjukkan komitmen anda untuk melayan prospek anda. Satu Badge (lencana) akan diberikan kepada fanpage yang mencapai 90% response dan reply mesej prospek dalam masa bawah 15 minit.

Ianya boleh menggalakkan prospek untuk menghantar mesej kepada messenger fanpage anda sekrianya anda mempunyai Badge ini kerana mereka tahu akan ada orang yang akan melayan pertanyaan mereka.


Create Username

Setting yang terakhir anda boleh buat untuk optimasikan fanpage untuk bisnes anda adalah username.

Kenapa penting untuk anda buat username fanpage anda secepat mungkin?

Kerana username yang dibuat hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam Facebook. Sekiranya username tersebut telah digunakan, ianya tidak boleh digunakan lagi.

Contoh: Anda nak gunakan username kedaihebat. Tapi anda lambat buat username anda dan sudah ada orang lain yang menggunakan username tersebut. Anda dah tak boleh lagi gunakan username kedaihebat tapi anda perlu gunakan username lain atau kedaihebat2.

Asalkan ianya berbeza dengan username kedaihebat tadi.

Lagi satu, penggunaan username akan memudahkan prospek untuk mencari fanpage anda dan mencantikkan link fanpage anda.

Contoh link yang tiada username: https://www.facebook.com/Sihat-Sepanjang-Hayat-107692457414251/

Contoh link yang ada username: https://www.facebook.com/RahsiaBisnesOnline/

Nampak tak perbezaannya di atas.

Macam mana nak buat usename ni? Jom ikut langkah di bawah.

  • 1. Klik Create Page @username yang terdapat di bawah gambar profile fanpage anda.

    Create Page Username

  • 2. Masukkan username pilihan anda dan klik Create Username untuk buat username fanpage anda.

    Save username

  • 3. Macam mana pulak kalau Facebook bagi mesej “You’re not eligible to create a username“? Kalau benda ni terjadi, jangan panik jangan gelabah. Bawak-bawak bertenang. Anda tak boleh buat username kerana like pada fanpage anda masih tak cukup. Anda kena kumpul sekurang-kurangnya 25 like untuk akses kepada fungsi username ini.


Kesimpulan

Anda tak perlu pun berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk menghasilkan Facebook Fanpage untuk bisnes anda. Anda boleh buat dengan PERCUMA sahaja! tapi anda kena tahulah apa yang nak kena dibuat.

Bagi yang betul-betul serius nak berniaga di Facebook dan nak bisnes pergi lebih jauh, saya nasihatkan supaya anda buat fanpage anda sendiri. Kerana bila anda ada fanpage, barulah anda boleh buat Facebook Ads yang mana anda boleh dapatkan target prospek yang berkualiti.

Bila dah buat fanpage, hidupkanlah fanpage anda supaya like pada fanpage anda bertambah. Banyakkan berkongsi untuk dapatkan lebih banyak organik like sebab organic like sangat berkualiti kerana mereka like fanpage anda dengan rela hati.

Nak tahu macam mana nak setting Facebook Profile untuk bisnes anda? Artikel Setting Facebook Profile Untuk Bisnes ini mungkin dapat membantu anda.

Saya harap artikel yang panjang lebar kali ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun dapat manfaat yang sama.

Benda baik elok disebarkan agar semua orang dapat manfaat.